Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
BENGKEL DOKUMENTASI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) SIRI 1/2025

29 Mei 2025 - Satu Bengkel Dokumentasi Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Siri 1/2025 Yayasan Islam Terengganu telah diadakan bertempat di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.

Bengkel yang telah disampaikan oleh Puan Sarifah Azura binti A. Bakar ini bertujuan untuk memberi panduan dalam penyediaan dokumentasi KIK. Ia menjelaskan format dokumentasi yang perlu diisi termasuk borang penyertaan, ringkasan eksekutif, perincian projek, keberhasilan outcome dan impak serta potensi pengembangan inovasi. Dokumen ini memberikan maklumat penting untuk penyediaan laporan projek KIK.

 

Gambar-gambar