Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
CERAMAH SEMPENA NUZUL AL-QURAN DAN QURAN HOUR BAGI TAHUN 1446H / 2025M

25 Mac 2025 - Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran dan Quran Hour Bagi Tahun 1446H / 2025M ini telah dirasmikan oleh Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad, Timbalan Pengarah (Pembangunan Insan) YIT. Ceramah ini disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fadzil bin Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Sulh, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.

Nuzul Al-Quran merupakan detik bersejarah yang mengubah perjalanan hidup umat Islam. Pada malam inilah, Allah SWT memilih Nabi Muhammad SAW sebagai utusan terakhir dan memberikan wahyu pertama yang menjadi dasar ajaran Islam. Al-Quran yang diturunkan sebagai kitab petunjuk bukan hanya untuk umat pada zaman Nabi, tetapi juga untuk seluruh umat manusia hingga hari kiamat. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mensyukuri nikmat ini dan merenung kembali apakah kita telah benar-benar mengamalkan ajaran yang terkandung dalam kitab suci ini.
 
Pada kesempatan yang sama, YIT juga menyambut Program Quran Hour, satu inisiatif yang telah menjadi tradisi di kalangan umat Islam di seluruh dunia, di mana seluruh umat Islam mengangkat Al-Quran pada satu waktu yang sama, untuk membaca dan menghayati kandungan wahyu Ilahi ini. Quran Hour bukan hanya sekadar acara membaca Al-Quran, tetapi juga mengajak kita untuk meresapi setiap ayat yang dibaca, mengamalkannya dalam kehidupan, dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan kita.