Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
MAJLIS KHATAM AL-QURAN KHIDMAT MASYARAKAT YAYASAN ISLAM TERENGGANU DI KEMAMAN

15 Ogos 2025 - Satu Majlis Khatam Al-Quran Unit Khidmat Masyarakat, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah diadakan di Masjid Felda Cherol, Kemaman sempena Majlis Desa Mahabah anjuran Unit Dakwah, Yayasan Islam Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Zahari Ghani, Pegawai Khas Adun Air Putih (PA YB Air Putih).

Turut hadir bersama ialah Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad, Timbalan Pengarah (Pembangunan Insan) YIT, En. Mohd Zakiey bin Muhammad (Pengerusi Masjid Felda Cherul), En Ramli bin Ibrahim (Pengerusi Felda), Encik Mohd Yusof bin Said (Penolong Pengarah Kanan Dakwah) dan Encik Mohd Bukhari bin Muhammad (Penolong Pengarah Kanan Khidmat Masyarakat).

 

Gambar-gambar