31 Ogos 2025 - Terima kasih diucapkan kepada semua peserta perbarisan atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan kepada YIT. Tidak dilupakan juga kepada urusetia serta pihak Pengurusan YIT atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini.
Semoga segala penat lelah dan usaha murni ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus memberi yang terbaik dalam setiap tanggungjawab yang diamanahkan. Teruskan semangat ini demi kecemerlangan bersama.

