Inisiatif melalui produk inovasi 𝐊𝐚𝐝 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐮𝐥 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 (𝐊-𝐓𝐈) bagi golongan orang kurang upaya penglihatan amat membuktikan keprihatinan, kreativiti serta komitmen tinggi kumpulan dalam menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan kepada komuniti.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi bermanfaat dan kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

