15 Jun 2025 - Satu Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Saringan Yayasan Islam Terengganu Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Al-Fateh Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu. Pertandingan ini melibatkan penyertaan dari 8 Yayasan Islam Daerah negeri Terengganu yang bertujuan untuk mencungkil idea-idea inovasi baharu yang kreatif untuk diketengahkan dan mewakili YIT ke peringkat yang lebih tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan 3 kumpulan terbaik yang telah berjaya membentangkan projek inovatif.
Johan - Kumpulan Hijaiyyah Touch (YITR Besut)
Naib Johan - Kumpulan YITR Hulu Terengganu
Tempat Ketiga - Kumpulan YIT Setiu
Sekalung penghargaan juga buat para juri - Timbalan Pengarah (Pembangunan Insan), Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan), Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan), Penolong Pengarah (Komunikasi Korporat), Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dan Penolong Pegawai Tadbir (Unit Dakwah).
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini khasnya kepada Pihak Pengurusan Yayasan Islam Terengganu, Pegawai² Yayasan Islam Daerah, Unit Komunikasi Korporat serta pegawai dan kakitangan yang terlibat.

