Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KARNIVAL SAMBUTAN DUA DEKAD YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN

19 Jun 2025 - Pertandingan Mewarna Sempena Karnival Sambutan Dua Dekad Yayasan Diraja Sultan Mizan telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Terengganu. Pertandingan mewarna ini merupakan anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) bersempena dengan Karnival Sambutan Dua Dekad Yayasan Diraja Sultan Mizan. Peserta pertandingan terdiri daripada 50 orang murid Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) berumur 6 tahun.

Syabas dan tahniah kepada semua murid Tadika YIT yang telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya dan diharapkan dapat memberikan pengalaman yang berharga buat anak-anak.cSekalung penghargaan kepada pihak Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) atas penganjuran program yg gilang gemilang ini.