Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK YIT 2025 / 1446H SESI 1

12 Mac 2025 - Yayasan Islam Terengganu (YIT) meneruskan tradisi program agihan bubur lambuk sempena bulan Ramadan di Perkarangan Hadapan Menara Yayasan Islam Terengganu. Program dirasmikan oleh Pengarah YIT, Dato' Hadi bin Hassan. Program turut dijayakan oleh pegawai dan kakitangan YIT yang berkesempatan untuk mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di perkarangan hadapan Menara YIT.

Semoga rezeki yang dikongsikan bersama dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama. masyarakat.