Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK YIT 2025 / 1446H SESI 2

19 Mac 2025 - Alhamdulillah, sesi kedua agihan bubur lambuk telah selesai di Perkarangan Hadapan Menara Yayasan Islam Terengganu. Tradisi ini bukan sahaja meriah, tetapi juga mengeratkan hubungan sosial dan semangat kebersamaan di kalangan masyarakat.

Semoga usaha ini membawa keberkatan dan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Bersama kita berkongsi rezeki, bersama kita mengeratkan ukhwah, bersama kita mengimarah Ramadan kita tahun ini.