Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM - PENGURUSAN JENAZAH TEORI DAN AMALI

25 Ogos 2025 - Satu Program Pendidikan Islam - Pengurusan Jenazah Teori Dan Amali anjuran bersama Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II Kuala Terengganu telah diadakan di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad, Timbalan Pengarah (Pembangunan Insan) YIT. Turut bersama sepanjang program ini berlangsung ialah Encik Mohd Bukhari bin Muhammad (Penolong Pengarah Kanan Khidmat Masyarakat), PPD Kuala Terengganu, PKHEM SK Seri Budiman II, guru-guru, asatizah-asatizah serta kakitangan dari Unit Khidmat Masyarakat Ibu Pejabat YIT dan Pejabat YIT Daerah.

Terima kasih kepada peserta, murid-murid dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

Gambar-gambar