28 Ogos 2025 - Raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung pada 28 Ogos 2025 dengan penuh semangat patriotik. Pelbagai agensi kerajaan, pasukan beruniform, pelajar sekolah serta pertubuhan masyarakat mengambil bahagian dalam raptai ini bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar menjelang sambutan rasmi.

