Telah berlangsung Seminar Fiqh Ramadan dan Isu Kesihatan Semasa pada 5 Mac 2025 bertempat di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu yang dirasmikan oleh Dr. Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad, Timbalan Pengarah (Pembangunan Insan) Yayasan Islam Terengganu.
Seminar telah disampaikan oleh dua orang panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr Anas bin Mohd Yunus dan Dr. Siti Nurbahiah binti Haron.
Seminar ini bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat tentang hukum-hakam puasa serta kaitannya dengan aspek kesihatan semasa serta membincangkan pelbagai persoalan seperti pengurusan ibadah bagi pesakit, hukum penggunaan ubat ketika berpuasa, serta panduan gaya hidup sihat sepanjang Ramadhan.
Melalui seminar ini, peserta akan memperoleh panduan praktikal dan ilmiah agar ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan penuh kefahaman, kesedaran, dan kesejahteraan jasmani serta rohani. Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada semua.
