Hebahan/Pengumuman
: Maaf...tiada pengumuman buat masa ini. Terima Kasih
SEMINAR TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

4 Ogos 2025 - Yayasan Islam Terengganu (YIT) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Tempat Kerja Bebas Dadah yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan YIT, Jabatan Rela Negeri Terengganu serta jabatan-jabatan lain di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4 Menara Yayasan Islam Terengganu.

Seminar ini bertujuan memberikan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesan negatif penyalahgunaan dadah di tempat kerja.
 
Sesi 1 : Senario Dadah Semasa disampaikan oleh Encik Mohd Ridhwan bin Mohd Rozmi, Penolong Pengarah Cawangan Pencegahan AADK Negeri Terengganu.
Sesi : Kepentingan Melaksanakan Program Pencegahan Dadah Di Tempat Kerja disampaikan oleh Encik Hafiz bin Hassan, Ketua Cawangan Pencegahan AADK Negeri Terengganu.
 
Seminar ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Ezri @ Asri bin Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Insan) YIT. Semoga semua pihak dapat bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada dadah dan memastikan kesejahteraan pekerja.