24 Ogos 2025 - Seramai 51 orang Ketua-Ketua Bahagian dan Unit, Yayasan Islam Terengganu (YIT) telah menghadiri ke Taklimat Pengemaskinian MyPortfolio Kakitangan YIT yang diadakan di Dewan Al-Fateh, Tingkat 4, Menara YIT.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Firdaus bin Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbir Tanah (Pelupusan), Pejabat Tanah Kuala Terengganu yang juga dikenali sebagai Champion MyPortfolio Negeri Terengganu.

